Saturday, July 16, 2016

Erti Tawakal

Bismillah.

Saya berbual dengan supervisor saya, Dr Balkis tentang apa yang berlaku beberapa minggu lepas. Peristiwa yang menyebabkan hampir dua minggu saya tidak masuk makmal.

Tuesday, December 22, 2015

Gula: Bersederhanalah!

Streptozotocin merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk mengaruh penyakit diabetis dalam haiwan makmal seperti tikus bagi tujuan penyelidikan. Dadah ini bertindak memusnahkan sel beta pada pankreas yang mana sel ini berfungsi untuk menghasilkan insulin. Dengan kemusnahan sel ini, aras insulin menurun seterusnya menyebabkan keadaan yang dinamakan sebagai hiperglisemia.

Saturday, September 26, 2015

Blouse Labuh

Bismillah.


Entah macam mana boleh timbul niat nak berniaga. Bukan minat pun. Nak kata kesempitan duit, boleh survive lagi dengan elaun yang ada.


Teringat pesan suami suatu ketika dahulu. Sebenarnya konsep bisnes dalam islam ini adalah untuk saling membantu. Sudah tentulah kita berniaga adalah untuk mendapatkan keuntungan. Namun disebaliknya, islam menanamkan konsep persaudaraan dalam berniaga. Kita menjual sesuatu barang untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai. Apabila memegang konsep ini, kita tidak akan memandang keuntungan itu sebagai sesuatu yang utama, tetapi kuantiti.

Sebagai contoh, modal untuk sebuah beg ialah RM30. Target keuntungan kita adalah RM15 untuk sebuah beg yang terjual. Setelah menjual sebanyak 20 buah beg, keuntungan yang kita dapat adalah sebanyak RM300. Pada keuntungan RM300, hanya 20 orang yang mendapat manfaat daripada hasil jualan kita.

Cuba pula kita jual beg tersebut pada harga RM38 iaitu keuntungan sebanyak RM8 untuk satu beg. Untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM300, kita perlu menjual lebih kurang 38 buah beg. 

Keuntungan yang sama, namun lebih ramai yang mendapat manfaat bukan? Kita pun senang hati apabila lebih ramai memakai produk yang kita jual.

Oleh itu, saya memperkenalkan blouse labuh ini. Harga dibutik jauh lebih mahal daripada harga saya jual. 






>Kainnya selesa, menutup aurat, simple dan bergaya. 
>Terdapat pelbagai saiz
>Tidak mengecut apabila dibasuh
>Mudah digosok

Harga: RM40 (tidak termasuk postage)

*Beli 5 dan ke atas: RM35 setiap helai.

Apa tunggu lagi? Whatsapp saya di 0139723817 untuk tempahan. ;)


Saturday, April 25, 2015

Kehendak Allah

Bismillah.


Stairs to heaven

Terusik juga hati melihat rakan-rakan satu batch yang berjaya merangkul gelaran Dr. Mudah-mudahan title Dr. itu bukan sekadar gelaran. Kerana dengannya terpikul amanah yang berat, yang akan di jawab di hadapan Allah kelak. 

Friday, April 17, 2015

Di Sebalik Tirai Bahagia

Bismillah.




Bayangan orang yang baru sahaja berkahwin pastinya yang indah-indah belaka. Tidak kurang juga mereka yang memerhatikan.

"Bahagialah Tasnim dah kahwin"

Tuesday, February 10, 2015

Jadilah Kuat!

"Jadilah kuat." Pesan Kak Aisyah.

Melaksanakan perkara yang halal dan baik bukan semudah melakukan yang haram. Payah dan sakitnya akan lebih supaya kita kuat bergantung dengan Tuhan.

Popular Posts